Barisan watak Rapunzel's_Tangled_Adventure

Watak utama

  • Eugene (Zachary Levi), yang alias sebelumnya merupakan Flynn Rider, ialah seorang bekas pencuri dan teman lelaki Rapunzel. Dia tidak suka dan tidak percaya pada Cassandra.
  • Rapunzel (Mandy Moore) ialah Puteri Corona. Dia mencuba sedaya upaya untuk menjadi bakal ratu yang baik, sungguhpun cara-cara naifnya membawanya kepada masalah.
  • Cassandra (Eden Espinosa) ialah teman baik Rapunzel dan dang perwara yang merupakan anak angkat kepada Kapten Pengawal. Dia sungguh tidak suka pada Eugene.
  • Raja Frederic (Clancy Brown) ialah Raja Corona dan bapa Rapunzel yang terlampau melindung. Sejak malam yang padanya satu-satunya anaknya diculik, dia menurut ketakutan semula jadinya dan membenci sebarang jenis kuasa magis.
  • Permaisuri Arianna (Julie Bowen) ialah Permaisuri Corona dan ibu Rapunzel. Dia ingin supaya anaknya menurut hatinya dan melakukan yang hal yang dipercayai olehnya. Buat hadiah pemahkotaan awal, dia memberi Rapunzel sebuah jurnal kosong untuk halamannya diisi dengan pengembaraannya sendiri.

Watak selangan

  • Pascal (Dee Bradley Baker) merupakan seekor sesumpah yang merupakan haiwan peliharaan dan teman baik Rapunzel yang cerita belakangnya didedahkan dalam "Pascal's Story".
  • Maximus (Dee Bradley Baker) merupakan seekor kuda jantan putih dengan hidung anjing pemburu darah yang pada asalnya dimiliki oleh Kapten Pengawal dan kemudian oleh Eugene.
  • Pengawal Diraja Corona merupakan pekerja Raja Frederic.
    • Kapten (M.C. Gainey) merupakan pemimpin tanpa nama bagi Pengawal Diraja dan bapa angkat kepada Cassandra.
    • Pete (Sean Hayes) ialah anggota Pengawal Diraja.
    • Stan (Diedrich Bader) ialah anggota Pengawal Diraja.
  • Samseng Pub merupakan sekumpulan samseng yang melepak di pub dan dijadikan sahabat oleh Rapunzel dan Eugene.
    • Hook Foot (Jeff Ross) ialah saudara berkaki cangkuk kepada Hook Hand. Hook Foot mengambil tempat saudaranya yang dalam jelajah dunia sebagai pemain piano konsert.
    • Big Nose (Jeffrey Tambor) ialah samseng berhidung besar yang merupakan samseng romantik.
    • Shorty (Paul F. Tompkins) ialah samseng pendek, tua, dan gila.
    • Vladimir (Charles Halford) ialah samseng di dalam helmet bertanduk lembu yang merupakan samseng terkuat. Dia dahulunya disuarakan oleh Richard Kiel dalam filem.
    • Attila Buckethead (Steven Blum) ialah samseng berhelmet logam lengkap yang mempunyai minat pada memasak. Dia menjadi pembantu Monty dalam "One Angry Princess". Dia dahulunya disuarakan oleh Byron Howard dalam filem.
  • Puan Caine (Laura Benanti) ialah antagonis utama bagi Tangled: Sebelum Gembira Selamanya. Dia kembali dalam "Max's Enemy".
  • Pak Cik Monty (Richard Kind) ialah penjaga kedai tua di Corona yang mempunyai isu peribadi dengan Rapunzel.
  • Nigel (Peter MacNicol) ialah penasihat Raja Frederic.
  • Xavier (Adewale Akinnuoye-Agbaje) ialah tukang besi yang kelihatan sangat celik tentang sejarah Corona.
  • Lance Strongbow (James Monroe Iglehart) ialah teman zaman kanak-kanak dan bekas pasangan penjenayah kepada Eugene daripada zaman mudanya dalam jenayah. Nama sebenarnya seperti yang didedahkan ialah Arnwaldo Schnitz. Dia pertama kali muncul dalam "The Return of Strongbow".
  • Varian (Jeremy Jordan) ialah ahli alkimia muda yang cemerkap tetapi pintar. Dia mencuba untuk membantu Rapunzel untuk membongkar rahsia rambut baharunya yang tumbuh semula. Dia kemudian menjadi antagonis utama untuk bahagian kedua musim pertama. Apabila Rapunzel pada mulanya tidak dapat membantunya untuk membebaskan bapanya daripada perangkap kristal oleh sebab ribut musim sejuk yang mengancam Corona, dia ingin membalas dendam terhadapnya dan terhadap Corona.
  • Quirin (Jonathan Banks) ialah bapa Varian yang tidak selalu setuju, yang buat masa ini terperangkap di dalam kristal emas sebagai salah satu akibat daripada pacakan batu bermisteri yang melanda Corona.
  • Angry (Vivian Vencer) ialah pencuri muda yang marah.
  • Red (Ruby Jay) ialah pencuri muda berambut merah yang senyap.
  • Ruth (Danielle Brooks) ialah hantu pemarah yang pertama kali muncul dalam "The Wrath of Ruthless Ruth". Dia dapat bersemadi dengan aman melalui penyertaan Rapunzel dan geng Snuggly Duckling dalam salah satu melodinya yang hilang.
  • Mak Cik Tua Crowley (Pat Carroll) ialah wanita tua perengus yang diketahui tidak pernah senyum. Eugene memanggilnya "Scowley Crowley".
  • Willow (Jane Krakowski) ialah adik perempuan kepada Permaisuri Ariana yang sentiasa berjauhan yang tiba secara mengejut pada hari lahir Ariana. Sebagai hadiah hari lahir, dia memberi Ariana seekor makhluk kecil dengan mainan detar-detar hijau yang mesti ada padanya sentiasa.
  • Feldspar (Zachary Levi) ialah tukang kasut tempatan Corona. Levi melakukan watak pelawak Ed Wynn untuk watak ini.

Sokongan

  • Ibu Gothel (Donna Murphy) ialah ibu angkat kepada Rapunzel yang telah tiada yang menculiknya sebagai bayi kerana kebolehan penyembuhan unik pada rambut emasnya, yang kemudian disimpan olehnya sendirian untuk mengekalkan usia muda dan kecantikannya. Dia menua menjadi debu pada hujung filem asli. Dia pertama kali terlihat dalam salah satu mimpi ngeri Rapunzel sejenak selepas rambut emasnya yang sepanjang 70 kaki itu secara misteri tumbuh semula dan mendapat kebolehan mistik baharu. Gothel mendakwa bahawa dia telah "kembali daripada kematian" dan sudah tiba masanya supaya Rapunzel kembali ke menaranya supaya dia "selamat dan sejahtera".
  • Stabbington Bersaudara (Ron Perlman) merupakan bekas pasangan penjenayah kepada Eugene, yang dikhianati olehnya pada zaman penjenayah sebagai Flynn Rider. Mereka telah bekerja dengan Ibu Gothel untuk mendapatkan Rapunzel semula untuk membalas dendam. Mereka pertama kali muncul dalam "Cassandra v. Eugene".

Rujukan

WikiPedia: Rapunzel's_Tangled_Adventure http://vg1planificateur.ca/more-releases/featured-... http://deadline.com/2017/02/tangled-the-series-get... http://disneychannel.disney.com/tangled http://www.disneyabcpress.com/disneychannel/shows/... http://www.disneyabcpress.com/disneychannel/shows/... http://www.imdb.com/title/tt4902964/ http://www.showbuzzdaily.com/articles/showbuzzdail... http://www.showbuzzdaily.com/articles/showbuzzdail... http://www.thefutoncritic.com/showatch/tangled/lis... http://www.animationmagazine.net/home-entertainmen...